Pages

Wednesday, 21 December 2011

Kanser payudara: Pembunuh utama wanita

Salam & hi all!
Laling, ape khabar seme? Hope u guys sihat k~ Otei dear, arini me nak share ngan you all about breast cancer. Jom kite usha ape info yang tak berapa nak menarik berkaitan breast cancer ni....
"Did you know that one in 
every 20 women (1:20) in Malaysia 
is at risk of developing 
BREAST CANCER?

Hoho. It this for true? 1:20 rakyat Malaysia? Huk2. Ya ALLAH, mintak dijauhkanlah.. So, kita might be one of them, if we do not take any precaution to prevent breast cancer. 

Jom kita usha2 pics on breast cancer..

Tanda2 awal breast cancer (sori, sharpness kureng)
Huk2. takutnya..ya ALLAH, jauhkanlah kami semua dari penyakit ni..
 

Haa, kat bawah ni orang orang yang berisiko TINGGI untuk mendapat breast cancer:
  • Jantina: 95% kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita. 
  • Umur: Wanita yang berumur <25 tahun jarang sekali menghidapi kanser payudara.
  • Riwayat kanser payudara: Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4x ganda.
  • Riwayat keluarga dan faktor genetik: Sekiranya ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2x ganda dan risiko ini akan meningkat 4x ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara. 
  • Riwayat penyakit payudara: Wanita yang mempunyai sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4x ganda menghidapi kanser payudara. 
  • Riwayat haid: Sekiranya seorang wanita baligh pada usia <12 tahun atau putus haid >55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3x ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.  
  • Jumlah anak: Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.  
  • Pendedahan radiasi: Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku 
  • Pemakanan: Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2x ganda.  
  • Saiz tubuh: Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi estrogen dan pada wanita seperti ini paras estrogen lebih tinggi  
  • Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG): Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. 
Hmm, mungkinkah kita tergolong sekali dalam ciri ciri di atas? Renung-renungkan dan selamat beramal! Amboiii. Ni dah ala2 Prof Izzi ni. (Hehe, prof, maafkan saye ye! Ngee). Kita tanak kan termasuk dalam 1:20 kat atas tadi tu kan? 

Seme sayang akan diri sendiri kan? So, maka, dengan sebab itu, kite wahai cik cik, kakak kakak, puan puan, mestilah nak kene rajen2 kan diri kita untuk buat Breast Self Examination (BSE), or dengan nama lainnye, 'cek sdri breast anda!'. (Nak tau cane nak buat BSE tu, tgu my next post k!)


"According to the Breast Cancer 
Welfare Association (BCWA), 
breast cancer is the common 
cancer among women 
in the country.

And, it's also currently the leading 
cause of cancer deaths in 
women in Malaysia. 

Otei, next jom kite tengok plak kadar kematian wanita di Malaysia akibat kanser.. Data ni taken from 1994-1998, and what can be concluded here is, kematian akibat Breast Cancer adalah meningkat dari tahun ke tahun. And also at the topmost of the list. Hmm. sangat menggerunkan bagi kita sorang wanita..kn?


Bilangan Kematian Di Kalangan Wanita Akibat Kanser
Jenis Kanser

1994
1995
1998
Payudara

260
320
339
Paru-paru

244
254
272
Serviks

165
142
177
Usus besar

128
164
149
Leukemia

128
142
139
Perut

99
105
103
Hati

98
102
106
Ovari

88
95
102
Nota: hanya 1/3 daripada semua kematian di Malaysia disahkan

Punca: Vital Statistics Malaysia

Okei la laling laling sekalian..Follow my next post utk mengetahui cane kite nak buat self breast check-up. and happy ways to prevent this cancer. Kita as women patot amik berat tau pasal ni. Sebab it is our asset.. :P 

Hmm, moga moga sharing kali ini bermanfaat bagi semua. insyaALLAH. 

Thanks. 
Lots of luv - Nurul
011-12761987
014-8109071
017-9512054 

when the goings get TOUGH, only the TOUGH gets going!

No comments:

Post a Comment