Arini me cuti..saje nak bagi diri ni rehat. :) Alhamdulillah, nak re-gain and re-charge balik energy me yang da hampir susut hasil dari stress kerja di ofis. Rasenye memang me akan cepat tua kot kalo kerja di tempat2 yang stress gitu. Ya ALLAH, kesiannya kat diri sendiri. Telah dizalimi~ :(
Haa, arini me nak share "Perniagaan menurut pandangan Islam", taken from www.akuislam.com. Jom folo me~
9/10 pintu rezeki adalah
daripada perniagaan. Manakala 1/10
lagi pintu rezeki adalah
daripada makan gaji.
Berniaga bukan semata-mata mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sahaja mendapat kerugian.Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)
Perniagaan itu luas syariatnya atau luas ibadahnya. Kebaikan dan pahalanya pula amat banyak sekali, di antaranya:
1. Kita banyak mendapat kawan. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat.
2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung. Mengikut hadis yang bermaksud: Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.
3. Bekerjasama, Islam sangat menggalakkan. Al Quran ada memberitahu yang maksudnya: Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan. (Al Maidah: 2)
4. Tidak ada tolak ansur, tidak boleh berniaga .Di dalam Islam, bertolak ansur adalah salah satu sifat yang terpuji.
5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat mengurus keperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum. Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsur mengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.
6. Berniaga dapat menyelamatkan barangan keluaran masyarakat Islam. Kalau tidak, barangan itu akan terbuang dan akan timbul pembaziran. Firman Allah SWT bermaksud: Sesungguhnya orang yang membazir saudara-saudara syaitan.(Al Isra: 27)
7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehi sama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenal barang dan lain-lain lagi. Di dalam Islam mencari ilmu dan pengalaman sangat dituntut.
8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran. Orang yang sabar, pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab. Firman Allah dalam Al Quran, bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala dengan tidak terkira. (Az Zumar:10)
9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifah Tuhan (manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmatNya agar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapat pahala syukur.
10. Berpeluang mengeluarkan zakat, salah satu dari rukun Islam dapat ditunaikan. Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan.
Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran, bermaksud: Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesame manusia kata-kata yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. (Al Baqarah: 83)
11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapang dada berhadapan dengan perintah manusia. Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita. Menyembunyikan kemarahan itu adalah disuruh dalam Al Quran.
Firman Allah SWT bermaksud: "Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat pekara-pekara yang baik." (Ali Imran: 134)
12. Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur,memberi maaf, berlebih kurang, bersimpati. Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan. Di dalan Hadis ada disebutkan Islam itu adalah as-samahah,agama berlapang dada dan pemaaf.
13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia sebagai sumber pencarian. Disini dapat mengelakkan manusia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Maka dengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain sama, ertinya, adanya perniagaan, menjadikan tenaga manusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah manusia yang lain.
Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyak sekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan. Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat dibangunkan maka banyaklah pahala yang kita dapat.
Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur itu dianggap al jihad fisabilillah dan juga munasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi oleh masyarakat dari hasil perniagaannya itu.
Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:
1. Peramah dan mesra dengan orang.
2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.
3. Berlapang dada dengan karenah manusia.
4. Bersifat sabar.
5. Menunaikan janji.
6. Cepat melayan orang.
7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.
8. Jujur dan amanah.
9. Pemurah dan menolong orang.
10. Bersifat benar.
11. Rajin dan cergas.
12. Cermat berbelanja.
13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutang kepada orang.
14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampak teratur dan tidak mudah rosak.
15. Menjaga barang dan kebersihan.
16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.
17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.
18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.
19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yang mendadak dan mendesak.
20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.
21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depan supaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.
22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.
Alhamdulillah, berniaga disisi Islam adalah satu pekerjaan yang mulia, dengan syarat, kita meniatkan ke jalan ALLAH serta mengikut lunas2 Islam. Semoga perniagaan yang ku jalankan ini diberkati olehMU ya ALLAH. amin~
Haa, yang lain yang berminat nak menceburi bisnes Premium Beautiful, boleh la contact me k!
Lots of Luv
Nurul
011-12761987
014-8109071
017-9512054
No comments:
Post a Comment