Pages

Showing posts with label Sayangi diri anda. Show all posts
Showing posts with label Sayangi diri anda. Show all posts

Monday, 15 October 2012

Trip to Herbaline: Beautifully Rejuvenated!

Salam & hi sume~
Ape kabo my lalings sekalian? Hope anda sume sihat yep. :) Me, as usual, alhamdulillah, sihat walafiat. Memang sihat sangat2 skrg ni. sampai nak kene exercise workout bagai. =p

Well, this recent weekend, me had a trip to Ganung Kiterr. Main objective is to go to..one secret place! so sambil2 menunggu the right time for the secret place, me menuju laa ke lain2 tempat dahulu..yeay! dapat satu turban. Heheh. ;))

Oh, the secret place is... tadaaaaa!

HERBALINE!

Yepp, Herbaline laa the secret place yang me cakap tu. Why secret place? Sebab people just can't notice this beauty house. Kire macam secret jugak la tu kan? Hehehe :D Well, this beauty house was actually introduced by my friend. special. Dia yang ajak pegi.

So, me plak, "hm, why not give myself a try?". Me pon mmg tak tau pon that this Herbaline K.Terengganu ni has a very beautiful landscape & environment pon. Kalo tau, me singgah dari awal lagi. Haish. *Nyesal*

We booked the session at 3pm. Tapi kitorg a bit late sebab salah pintu masuk. At first stop betol2 tepi main road, tp heran, where's the entrance? Haha. Rupa2nya entrance is at the back. So tpaksa laa drive ke belakang. Haha.

ktorg sampai n belom klua kete agy dah disambut oleh hmmm.. pekerja bangladesh. bawakkan payung untuk kami. Konon tak nak kami kene panas la kot. =p Pastu kami dibawa masuk ke dalam house itu. And then, kami disapa oleh bau aromaterapi menusuk kalbu. *sungguh best & menenangkan* serta aweks herbaline. sume chinese.

Pastu kami dibrief about the treatment that we gonna have after this, but at the same time die ade provide wet face towel untuk lap muka & tangan, as well as the tea. Tak sure teh ape. But i bantai je sbb dahaga! =p


The treatment untuk 1st timer is just RM38. Yes, RM38 i tell u! And it includes;

  • Natural sea salt foot spa: Yg ni kaki kite direndam dalam air suam & the herbaline gal akan add sea salt kt dalam sinki untuk kite rendam kaki kita. ade provided skali dengan berus untuk kite sental kaki kasi klua itu semua kulit kering. or daki. or kudis. or etc. =p
 

  • Natural aromatherapy: This one is kite kene inhale & exhale from a pot of aromatheraphy punye air kot. sebanyak 3x. kite face the periuk yg ade aromatherapy tu, and sedut hembus la sbyk 3x. refreshed you i tell u! =p
 
 
 
  • Facial treatment with shoulder massage: This one if im not mistaken takes you about 90mins punye treatment kot. Double cleansing, n then ade buang sel kulit mati pakai device pe tah. Geli. Haha. And then steam, and extraction. And mask. and shoulder massage. After the facial, we are provided with lemongrass tea. Katanya untuk buang angin. Aku mmg sendawa errrpp errrppp je laaa. haha =p
  • Fish Spa: Yang ni ktorg punye last hmmm..last activity.. eh? last item? watever la. Fish spa. Yeay, my very first time buat fish spa. Hehehe. x sakit pon. just rasa very cute electric shock. erk overkah? haha. tp oke la. awal2 me buat sume ikan dtg n ggit my kaki. then after 15mins after that kot, tibe2 sume ikan da xde.. agaknye da xde kulit mati da kot~ =p

Yang ni pemandangan sebelah fish spa. :) Tenang je.
Sementara mnunggu nak masuk VIP room for facial! Yeay.

Ok, so sume sume tu took me about 3hours! Yeay! I like it! and, opkos lagi lagi like it bile harga for first timer is just RM38! And the 2nd, 3rd, n next timer will be RM85! only! For all the services yang sama mcm i tulis tadi. Worth it sgt kan?

Next trip will bring my sis & my mom. Yeay. They will surely love it too! And, Herbaline also accepts male customer yep. :) Leh dtg kapel2 gitu. Tapi untuk yg da kawen la. Yg belom kawen boleh, tp mintak bilik asing yep! Dosa tau kalo bilik same. =p

Bukak 7-day/week. Better set an appointment dlu kol bape2 korg nak datang. Kang datang terjah gitu, skali full. Haha. Korg gak padan muka. So the contact details are:

Herbaline K.Terengganu,
No 943 Jln sultan Mahmud,
Kuala Ibai 20400, KT.
Tel: 09-6163377.

Happy! Tak sabar nak g lagi. Thanks encik awak. bawak saya datang sini. :)


when the goings get TOUGH, only the TOUGH gets going!

Sunday, 26 February 2012

Anda stress?

Salam & hi all!
Sedikit perkongsian sebelum menutup mata. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada semua pembaca. InsyaALLAH. 

Hidup ini sama seperti melalui jalanan menuju ke destinasi yang ditetapkan. Sesekali kita tersesat dalam mencari destinasi sebenar. Kadang jalan yang dilalui penuh liku dan simpangnya. Sesekali kita akan bertemu dengan lubang yang besar. Paling tidak jambatan yang kita mahu kita seberangi roboh sedangkan destinasinya sudah semakin hampir. Tekanan yang dihadapi menjadikan kita runsing.

Islam yang indah dengan isinya memberikan ubat yang mujarab bagi menghadapi tekanan yang datang dalam kehidupan.  Lantas ubat ini menjadikan kita lebih tenang menghadapi  segala ujian dalam hidup.  Hati akan lebih tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa juga yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah.


Tip menghadapi Stres
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan:



01.Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.



 02.Al-Quran jadikan amalan
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


 
03.Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.



04.Selalu berdoa kepada Allah
 Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.



05.Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.



06.Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.



 07.Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

08.Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.



09.Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

InsyaALLAH, semoga dapat kita manfaatkan dalam kehidupan kita.. :)


when the goings get TOUGH, only the TOUGH gets going!

Friday, 20 January 2012

Lacto-lite: Bersihkan usus anda & slimming booster!

Apakah itu Nurich Lacto-Lite?

Lacto-Lite menggabungkan serbuk yogurt dan dengan kultur hidup, insulin dan ramuan-ramuan lain. Inulin adalah prebiotik. Ia membantu menambahkan bifidobakteria dalam usus dan membantu memastikan keadaan usus yang baik.

 

And, actually if korang nak tau, LACTO-LITE ni actually elok sangat la diambil seiring dengan pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL korset. Sebab, ia adalah booster untuk mempercepatkan lagi proses slimming kita ni.. :)


Ramuan Lacto-Lite
Inulin, serbuk yogurt dengan kultur hidup, serbuk konjak, oligo-fruktosa, maltodekstrin, serbuk vanila dan silikon dioksida dan kondisionaer makanan (agen antipengerakan) yang dibenarkan.

Bagaimana hendak minum Lacto-Lite?
Campur 1 bungkus Lactolite ke dalam 200ml air, kacau and minum terus. Elakkan penggunaan air panas. Jangan lupa minum 800ml air untuk lihat kesan lebih ketara. Penggunaan Lacto-Lite nie untuk proses detoxification, so, it's really important for us to drink lots and lots of plain water...:)

Lacto-Lite nie sesuai untuk siapa yer?
Sesuai untuk semua jenis kaum manusia kat atas muka bumi. Seriously. Especially, yang ader masalah susah sangat nak buang air besar. Means, kalau dapat membuang pon, macam tak lawas, and tak puas. Lacto-Lite nie akan membersihkan usus kiter, so, after minum nie, akan kerap membuang air besar. Tapi, takder la sampai sakit perut. Lepas tue badan akan terasa lebih ringan...:) Kalau pengambilan Lacto-Lite secara consistent, lamer-lamer not only usus kiter bersih, tapi, kulit muker pon jadik gebus dan mulus, sebab toksin dah takder dalam badan kiter...:)

Bagaimana Lacto-Lite dapat membantu anda?

* Menyingkirkan toksin badan
* Menggalakkan metabolism
* Mengurangkan beban badan
* Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
* Membantu dalam penghadaman
* Membantu melegakan sembelit
* Membantu sintesis vitamin

Harga Lacto-Lite

Ada 25 sachets dalam satu kotak. Satu kotak hanya RM158.00.


Jangan takut untuk minum Lacto-Lite nie yer sebab, Lacto-Lite langsung tak mengandungi herba atau kimia yg bersifat Laksatif (julap). So, takkan buat kiter sakit perut atau cirit birit... :)

Lots of luv - Nurul
017-9512054
011-12761987 

when the goings get TOUGH, only the TOUGH gets going!